20110625

D R A M A

life is always full of drama
mungkin bila dah ada duit sendiri
baru rasa nak hargai duit tu
tak nak membazir sewenang wenangnya.

kadang kadang kita berfikir guna hati
kita selami satu topik dari satu pandangan
kita tak nampak apa yang orang lain nampak
tapi kita membenci seolah olah batang hidung sendiri yang terkena

kadang kadang kita terlalu percaya
percaya pada janji
biarpun janji itu cuma janji palsu
lumrah manusia
ingin mendengar kata kata manis sahaja
sehingga mengaburi 'judgement' kita

tapi bila difikir fikirkan
kalau boyfriend kita itu telah berjanji mahu berubah
tapi 10 tahun juga masih tak berubah
jika boyfriend kita berjanji mahu berikan kita kebahagiaan
tapi bertahun tahun tetap tidak mahu berkerja
tidak mahu berusaha
mahu kita memilihnya setiap kali kita rasa putus asa
dengan menabur lagi janji janji manis
hidup cukup cukup sahaja
makin lama makin tak hidup rasanya
adakah ini lelaki yang kita jadikan suami? 
tepuk dada, tanyalah selera

kita bertemu dengan seseorang yang lain
yang berjanji akan menyenangkan kehidupan kita
jika kita berpaling
dia tidak punya wang seperti boyfriend kita
dia tidak punya rupa
dia tidak punya nama
tapi dia bersungguh sungguh
tapi dia berusaha membuat kita tersenyum
dia mampu membuat kita berfikir 
"adakah masa depanku lebih cerah dengannya?"

ketika ini, si boyfriend gelabah, cuak tak tentu hala
kita sudah mula membuka mata
mulalah menabur cerita cerita tentang kita, tentang seseorang itu
mulalah berjanji akan berubah,
langkah pertama , kedua dibuka
baru terkial kial menyiapkan resume
baru pergi mencari kerja
tapi dah 10 tahun dia begitu, apa mungkin dia terus berusaha?

p/s : ini cuma cakap cakap. tiada berkenaan dengan hidup peribadi.